RUMAH TERBUKA DI SAMBUT MERIAH
Saudara Jamil bersama kumpulan Marhaban - menimbulkan suasana Hari Raya meskipun kita sudah berada di penghujung Syawal
Doa dibaca memohon keberkatan dari Allah SWT, semoga kita masih berkesempatan bertemu lagi di syawal akan datang
Tetamu yang datang beratur untuk mengambil juadah yang disediakan - "Sedap nasi beriani malam tu..."
Tetamu yang datang tidak lupa bertakbir - rumah terbuka bukan sekadar menjamu selera tetapi mendekatkan siratulrahim sesama kita
Kehadiran ADUN Layang-Layang YB. Onn Mohd Yassin membawa seribu makna kepada tuan rumah dan tetamu yang hadir Sedondon...disamping isteri tersayang
Melayan tetamu disamping bertanya khabar
Yang baru sampai dan yang ingin pulang dilayan dan disambut mesra tanda ukwah sesama kita
Seorang lagi tetamu istimewa malam itu...duduk berbaju merah..YB Senator Hajah Sharifah Azizah Dato' Syed Zain
Geng Puteri Melaka, sanggup datang dari jauh sebagai tanda persahabatan dan sokongan kepada tuan rumah suami isteri
Adat bila bertemu, dondang sayang dan lagu hari raya menjadi sebahagian daripada penghias majlis pada malam itu
Dari kiri Saudara Rahim Yunus, Pembantu Khas kepada Tan Sri Rahim Tamby Chik, Ketua Puteri Kota Melaka, Haryaty Hamzah bergambar kenangan dengan Saudara JamilMeskipun sudah berada di penghujung syawal namun rumah terbuka Saudara Jamil Mohd Amin, Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam tetap meriah dan menerima kunjungan ratusan kawan dan taulan , jauh dan dekat.
Majlis yang bermula dari jam 8.00 malam berakhir hingga larut malam kerana masih ada tetamu dari jauh yang tiba, walaupun pada awalnya hujan lebat di kawasan tersebut. Pasangan suami isteri berpakaian sedondon tidak putus-putus menyambut tetamu yang datang. Berbagai jenis juadah disediakan.
